Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Kembali ke Rahmatullah...


Betapa terkejut nya aku bila aku menonton MELODI pada tengah hari tadi pabila Wahid memaklumkan bahawa pengarh filem Malaysia yang tersohor; YASMIN AHMAD telah meninggal dunia pada mlm kelmarin, Sabtu 25hb July pada pukul 11.40mlm.

Terkejut dan amat terkilan aku dibuatnya kerana telah menjadi impian aku untuk bekerja bersama Allahyarham padi suatu ketika nanti. Akan tetapi Allah lebih menyayangi beliau.

Allahyarham Yasmin Ahmad merupakan satu-satunya pengarah filem di Malaysia yang berjaya memikat hati aku untuk menonton filem Melayu...hmm...tp mungkin bagi Allahyarham beliau akan mengklasifikasikan filem-filemnya sebagai filem Malaysia...satu label yang amat aku setujui kerana Allahyarham selalunya menggabungkan bangsa-bangsa yang berbeza dalam setiap filemnya, berbeza dengan filem-filem 'Melayu' yang lain.

Aku berkesempatan berjumpa dengan Allahyarham sewaktu BMW Shorties 2007 Clinic di Putrajaya. Walaupun sekejap dan aku tidak lah bercakap banyak dengan belia namun aku tetap gembira kerana berpeluang berjumpa dengan Allahyarham pada ketika itu. Allahyarham merupakan salah seorang panel penceramah semasa bengkel tersebut dan filem pendek "Gerek" yang aku hasilkan merupakan penyertaan aku untuk BMW Shorties 2007 tersebut.

Sigh....sedih betul aku ari nie.... Sakarang tak mungkin lagi aku akan tengok filem 'Melayu' d panggung wayang... Takder yg berbaloi untuk duit aku. Mungkin aku akan beli DVD filem-filem arahan Allahyarham.


Filem Allahyarham yang bakal muncul tak lama lagi..."Muallaf".



No comments: